Friday, January 4, 2013

of study week

14 hari.
di rumah :)

sebahagian perca-perca perkara dari minggu belajar -


#1 "There's nothing wrong with learning something new, whatever it is. Knowledge is never a waste."
      Status mukabuku kenalan lama.

#2  Aku dengar dua tiga kali snippet lagu ini di radio. Tidak dapat tidak, rasa perlu google :)


semoga nur melimpah ke hati seperti coklat melimpah ke ladang gandum
dan poof! jadilah muslimah solehah! haha


#3 Aku curi masa tonton ini (dan beberapa lagi).
    From Hollywood to Hajj by Omar Regan.

"..and when a man said - you don't attract what you want, you attract what you are,
and I was like ahh mannn~"





Pakcik Omar ini best :)


#4 Dari surat khabar bungkusan nasi lemak ayah belikan.


Tertampar. Sikit. Mungkin.


#5 Makhluk yang menggangu konsentrasi aku menelaah. Cewah, menelaah.

She's guilty for being too cute. And fluffy.





#6 Ibu tiri aku masak gulai ketam. Tidak dapat tidak, separa masa study week perlu disalurkan pada proses memakan ketam. Kerana sedap.

Alhamdulillah.

#7 Aku hadir dua walimah. Salah satunya walimah kenalan dari sekolah rendah. Barakallahulakum.
Pantas sungguh masa terbang. Seperti baru kelmarin main ibu ayam dan musang.

#8 Ada satu hari ayah buka radio, ceramah UAI. Not a fan but insha-Allah can learn something. Pernah ada satu pensyarah aku cerita, kajian mendapati dalam satu ucapan panjang, biasanya yang paling diingati adalah kata-kata terakhir (dan mungkin yang terawal juga, aku lupa.). Maka alkisahnya aku pun ingat akan kata-kata terakhir UAI dalam ceramah beliau.

"Jadi, orang perempuan, fikir dalam-dalam sebelum nak bergelar seorang isteri."

Ok, mungkin ada bahagian yang aku ter-paraphrase.

#9 Saif


and my brother was like, "Apa laa yang you buat ni...haha" :D

#10 Ada jiran ambil tempahan buat biscotti.
Ada satu balang sampai rumah, kata ayah, untuk Tina kata beliau :D
May Allah bless Makcik Ani!

#11 Atas kondisi-kondisi tertentu dan penemuan-penemuan, terilham dalam kepala sebaris kata -

Biar rasa ini aku tikam sampai mati, asal janji bisa kupenuhi.

Kerana kadangkala, rasa itu bukan suci dari hati.
Tapi dari bisik-bisik makhluk yang tersembunyi.


Dan kita, kadangkala, terlalu cepat beri reaksi.




One and a half papers passed.
Six more coming next week.

La hawla wala quwwata illa billah.

No comments: