Tuesday, December 18, 2012

intentionally untitled 2

was reorganizing notes and all those stuffs on my study table and found this gift from Kak Neen in the first pocket of my pink file, sandwiched by white A4 papers folded into half with scribbles of lecture notes. and it made me smile :)

Sunday, December 16, 2012

secangkir kopi

dear father's old bday gift from nobody-remembers-who. (April 11, 2012)


Sepetang damai.
Secangkir penuh kopi pekat.

Sehirup.

It's really sad to see people selling their faith for passion, money and fame.
And being encouraged to do so.

It's really sad to see the politicians' promises and indirect beautified threats.
Are they trying to serve the people for real or serve the people to achieve personal goals?

It's really sad to see people fighting for a huge amanah, perceiving it as merely power..wealth...etc.

It's really sad that we punish some people for the sins they try to hide and clap our hands to some for the sins they made glamorous.

It's really sad that some sins become trends.

It's really sad that we sometimes limit the source of happiness to be only from games, music, dancing, jokes and other common forms of entertainment.

It's really sad to see part of the ummah dividing themselves. 
Are we letting brotherhood to be defeated by ego?

It's really sad that even basic necessities are becoming unaffordable for some.

It's really sad that people cheat for profit.

It's really sad...

Sehirup. 
Sehirup lagi.

Telan.

Cangkir kosong.

Tamat.

Sekurangnya bukan secangkir kopi semata?

Thursday, December 13, 2012

terbuai dibuai

doorgift from yesterday's talk :)

Menujah angin malam sebagai pembonceng satu motosikal kapchai yang takdelah kapchai sangat berplat Pulau Pinang dengan nombor 1976 cukup mampu buat memori-memori hari-hari dulu kembali dalam ingatan, memori-memori hal-hal yang aku tinggalkan, bermain seperti filem pendek tanpa suara di satu sudut dalam kepala. Sebelum itu bonceng Nouvo warna merah. Hehe Manisnya membonceng kelmarin adalah pada hakikat dearest sisters yang bawa dan pada hakikat tujuan :) Semoga Allah balas jasa kalian.

Dan kelmarin kami jumpa dua kucing comel gebu berteduh tepi pintu KFC sambil intai-intai manusia-manusia yang menjamu selera di dalam. Kerana hakikat kamera telefon bimbit aku kalau nak guna 5MP, tak boleh zoom dan kalau nak zoom kena guna VGA, gambar yang ada kabur. Sayang. Mereka sangat comel!

Dan kelmarin selesai sudah kuiz kedua untuk satu subjek kritikal. Cuma soalan T/F dan MCQ...yang banyak resemble keadaan sebenar, soalan-soalan yang mungkin akan menghujani tatkala melangkah ke alam kerjaya nanti. Dan sekiranya satu soalan itu mewakili satu pesakit, entah berapa ramai manusia sudah aku bunuh. Mass killing. Aku harap paper subjek ini takkan bunuh aku di final nanti. Amin.

Aturan Tuhan itu cukup indah. Viva aku esok maka kelmarin, takdir memampukan aku hadir satu talk. Aku pergi tumpang motor orang, helmet pun pinjam helmet orang. Lepas tu, hujan. Dan semua orang hairan, kenapa aku tidak pandu saja si hitam manis 4 roda. Entah :)

So, kelmarin punya talk itu featured 2 great men, Syeikh Marwazi and Dr. Lili Yuyaldi. Hal yang dibicarakan - serangan akidah. Sepintas dengar tajuk, mengelamun sebentar aku terfikir, kalau suatu ketika dulu lah aku dijemput ke talk talk sebegini, bertuah sangatlah kalau mahu pergi. Betapa I couldn't care less. Betapa perasan gelas aku sudah penuh.

Tertarik dengan sharing dari member sorang ni tentang attending talks etc, katanya ada orang pernah pesan, kalau mahu hadir majlis-majlis ilmu, hadirlah dengan gelas yang kosong and you'll learn something, kalau bawa gelas yang penuh, nanti apa pun tak boleh masuk.  Aku kira betul juga. Apatah lagi kalau bawa gelas kosong perasan penuh. Tragik.

Enough of bebelan peribadi. Mahu cerita tentang talk itu sebenarnya.

#1 Isu syiah di Malaysia. Agak merisaukan bilamana ada kes-kes yang melibatkan guru agama di sekolah-sekolah. Kerana kita, masyarakat meletak kepercayaan pada golongan pendidik untuk memikul separa tanggungjawab mencorak anak-anak. Dalam satu kes, ianya guru agama sekolah rendah yang mengajar anak-anak muridnya cara ambil wudhu' cara syiah. Dalam satu kes lain, ibu bapa itu sendiri yang mengamalkan syiah. Setiap kelas yang membincangkan tentang Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab, guru itu noticed, ada dua pelajar akan keluar kelas, minta izin ke tandas kalau tak silap tapi tidak juga pulang-pulang sampai kelas habis. Curious, guru itu tanya. Kata mereka, ayah tak bagi dengar tentang Abu Bakar dan Umar, munafik keduanya. Astaghfirullahalazim. 

#2 "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus, maka ikutilah; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikianlah Allah memerintahkan kepadamu, agar kamu bertakwa." 
Al-An'am 6:153

Jalan yang mana? 
Jalan yang Rasulullah s.a.w. tunjuk.

#3 "Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang mula-mula (memeluk Islam) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Allah menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang agung."At-Taubah 9:100

Muhajirin dan Ansar merangkumi para sahabat termasuklah Abu Bakar as-Siddiq, juga Umar al-Khattab maka nyatalah mereka telah diiktiraf oleh Allah swt dalam ayat tersebut. Hal ini bertentangan dengan claims ajaran syiah bahawa kedua sahabat radhiyallahu anhum itu munafik keduanya.

Antara bicara manusia yang mungkin kita sendiri tidak tahu menahu atau kabur-kabur tentang asal usulnya dan ayat suci kitab yang tidak ada keraguan padanya...Sudah Rasulullah wasiatkan agar kita berpegang pada al-Quran dan sunnah :)

#4 Acute Immune Deficiency Syndrome mungkin sudah menular hebat dalam kalangan penduduk Bumi. Tapi ada AIDS yang lagi hebat - Angkuh, Irihati, Dengki dan Sombong. Kenyataan itu seperti splash air ais ke muka dalam dingin suasana kelmarin dalam dewan kuliah dek sedikit kebasahan meredah hujan.

Kata Dr. Lili, mereka yang punyai AIDS ini takkan mampu bertahan baik dalam akidah, kehidupan mahupun kebahagian. Dan sumber penyakit ini datangnya dari self-denial. Kerana orang yang kenal dirinya, takkan pernah angkuh, irihati, dengki dan sombong. Tapi the ugly truth is often we don't know but we don't know that we don't know. Atau bak kata dekan terchenta - You assume you know but actually you don't. 

#5 Sekali lagi dari Dr. Lili - We talk about human right but what about God right? What is God right?
Terpinga sebentar aku masa tu. Kalau ditanya, besar kemungkinan kelu. Teringat satu hadis yang aku tak mampu recall dimana aku dengar dan tak mampu recall the exact words maka ini hasil Google - 

"Aku pernah membonceng Nabi saw, yang memisahkan antara aku dan beliau hanyalah bagian belakang pelana. Beliau bersabda: Hai Muaz bin Jabal. Aku menyahut: Ya, Wahai utusan Allah, aku siap menerima perintah. Kemudian berjalan sejenak, kemudian beliau bersabda lagi: Hai Muaz bin Jabal. Aku menyahut: Ya, wahai utusan Allah, aku siap menerima perintah. Kemudian berjalan sejenak, kemudian beliau kembali memanggil: Hai Muaz bin Jabal. Aku pun menyahut: Wahai utusan Allah, aku siap menerima perintah. Beliau bersabda: Tahukah engkau, apa hak Allah atas para hamba? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. Beliau bersabda: Hak Allah atas para hamba, yaitu mereka beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu. Setelah berjalan sesaat, beliau memanggil lagi: Hai Muaz bin Jabal Aku menjawab: Ya, wahai utusan Allah, aku siap menerima perintah. Rasulullah saw. bertanya: Tahukah engkau apa hak hamba atas Allah, bila mereka telah memenuhi hak Allah? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. Rasulullah saw. bersabda: Allah tidak akan menyiksa mereka. (Shahih Muslim No.43)"

#6 Dan lagi dari Dr. Lili - Sebelum belajar apa saja, bekalkan diri dengan fardhu ain. Dan memahami al-Quran itu adalah fardhu ain. Saranan beliau, cuba fahami satu ayat al-Quran at least untuk sehari :)

#7 Dan lagi dari Dr. Lili - Tatkala Allah menciptakan manusia, Allah menciptakan manual - al-Quran.

#8 Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme. Diseases in the society.

#9 Plurality is good, pluralism is not. 

#10 Syarat berijtihad itu takwa.

#11 Andai kita menurut human right such as I can say what I want, I can be naked here if I want etc, kita akan forever violating another human punya right because I have the right to not hear what you say and I have the right to not see you naked. But if you fulfill hak Allah, hak orang lain pastinya akan terjaga. 

#12 Dan Dr. Lili akhiri talk tersebut dengan - ego itu musyrik kecil kerana menuhankan diri!

#13 Dan pada awalnya, Dr. Lili mulakan talk dengan - Kita sudah terbuai dengan serangan sehingga kita tidak sedar kita diserang.

Terbuai dibuai.

Tak boleh lepak sini lama-lama.
Personal viva esok.
T.T

Friday, December 7, 2012

Back to December

Salah satu gambar yang aku pertaruhkan dalam tugasan akhir kelas fotografi. Sekurangnya lawa banyak lah juga dari tugasan akhir kelas catan semester lepas. Agaknya mengecat bukan forte aku.

Sebentar saja rasa masa. Sudah kembali ke Disember. Bulan bilamana banyak undangan walimah (yang perlu ditolak) dan banyak juga resah gelisah kerana sudah dihujung semester yang berarti peperiksaan akhir tak lama saja lagi nak menjelma. Moga Disember ini lebih baik dari sebelumnya. Ya iyalah kan, siapa tak harap begitu :)

#1
dari tepi tingkap, kedengaran suara perempuan....

"aa bum bum chak, aa bum bum chak, bum bum chak.."

...persis suara arwah mama.

Setiap pulangnya aku dari uni, untuk sampai ke rumah pasti akan lalu makam mama dahulu. Maka setiap pulangnya aku ke rumah, ucap salam pertamaku, buat mama dahulu dan sekalian mereka yang lain disitu yang bakal aku turuti jejak langkahnya. Moga sampai salam aku :)

#2 "Jemaah Islam semua...kan senang.." kata Ustazah Rohayati yang menyelit cerita ada rakan-rakan beliau yang ajak turut serta dalam jemaah mereka in the midst of mengupas soal ikhtilat dalam kelas tadi.

Cukup setuju.

#3 Dari perbualan tempoh hari, kata dear father, beliau cakap dengan kakak tak perlulah pulang Malaysia tahun depan, tunggu dulu. "Tunggu sampai Tina nak kenduri?", kata kakak ipar aku, laju.

Kalau begitu, mahu menikah cepat-cepat lah sebab mahu kakak cepat-cepat pulang sebab sudah banyak-banyak rindu.

Ok, alasan super tak munasabah.

#4 The awkward moment bila kau dah minum 9/10 air dalam gelas kemudian terpandang labah-labah mati yang mati lemas lebih kurang 2 inci dari bibir.

Tragedi sebentar tadi.

#5 Hujung minggu ni uni akan sesak. Jelajah Janji Ditepati di padang kawad dan Pesta Hoki di stadium. Aku pula pulang dengan nota yang sesak dalam beg kerana minggu akan datang sesak dengan kuiz, pembentangan dan viva kemudian kuiz lagi.

Ash-Sharh.

#6 Duduk di altitud tinggi itu menggayatkan. Meski dalam organisasi.

#7 'Mejamasa' peperiksaan semester ini.

Date
Subject
Venue
Time
Duration (h)
Jan 2 (Wed)
FAR 222
Dispensing Lab
9 am
1.5
Jan 3 (Thu)
LSP402
DPA
2.15 pm
2
Jan 7 (Mon)
FAR211
DK I
9 am
3
Jan 7 (Mon)
FAR222
DK I
2.15 pm
1.5
Jan 8 (Tue)
FAR221
DPD
2.15 pm
3
Jan 9 (Wed)
FAR241
DPC
9 am
3
Jan 10 (Thu)
FEL271
DPD
9 am
2
Jan 11 (Fri)
FAR212
DPA
3 pm
2


keep swimming.
keep swimming.
keep swimming.
mahu sepositif Dory!

Monday, December 3, 2012

mempotret

July 15, 2012

kadang kesal
dan masih terkial
melakar potret ad-deen
pada setiap yang ku ucap
pada setiap yang ku perbuat
dengan setiap anggota
yang tidak dan yang terlihat

mengapa potret?
kerana ianya representasi artistik
yang semampu hampir dengan subjek
yang semampu hampir dengan subjek

 --------------------------

Aku kira proses membina diri untuk jadi lebih baik itu seperti perjalanan dari novice ke amateur ke expert dan kemudiannya master. Dari teks reading comprehension LSP402, katanya dalam meniti perubahan itu, garis pemisah antara tingkatan berbeza itu semakin sukar dikenalpasti. Lebih jauh kita pergi, lebih lama masa yang perlu untuk progres. Saat peningkatan dari novice ke amateur itu rasanya teramat singkat dan disitu lah titik dimana efek Dunning-Kruger menghentam. Kita jadi rasa sesingkat itu juga  kita bisa progres dari amateur ke expert walhal hakikatnya ianya mengambil masa serta jatuh bangun yang mungkin luar dari jangkaan minda. 

Saat sampai ke amateur dari novice itu indah. Tapi perjalanan masih jauh. Ujian semakin halus. Kadangkala seperti puddle air kecil atas lantai marmar. Tak terperasan. Sedar-sedar sudah tergelincir terduduk mengaduh kesakitan. Bangun. Terus jalan :)

May Allah guide us all.

adornment

them :)

Hujung minggu lepas, aku habiskan di salah satu tempat aku paling suka dalam dunia - rumah. Since, dosage practical test was coming (which has just passed this morning), saat-saat di rumah kebanyakannya aku habiskan bersama kertas-kertas nota di bawah sinaran lampu kalimantang yang cukup setia hingga aku tutup suisnya. Walaubagaimanapun, sepi suasana dipecah dengan pulangnya abang serta isterinya terchenta bersama empat gadis kecil comel.

"Angah, jangan lah kacau maksu nak belajaq, maksu nak periksa!"

"Lenguh eh..." sambil senyum
"Apa dia..?"
"Letih eh buat keja..." sambil senyum

"Maksu, puding maksu buat sedap!"
kurang gula sebenarnya.


"Maksu boleh tak nak susu ni."

"Maksu boleh tak kakak amik ni."

dahi kerut-kerut pandang nota. little Airina datang duduk sebelah.
"Maksu tengok ni, gambar kambing."

aku hidupkan televisyen.
"Ni macam mana nak belajar, bukak tv~"
dah macam mak-mak pulak dia leterkan aku. haha

aku pergi join little Aina main organ.
sibuk cari nota muzik Aura Lee yang sudah diterjemah.
"Maksu! Pi belajaq!"

"Maksu, nanti petang kan. Kita pi taman mainan. Yang dekat surau tu."
"Maksu nak kena balik Penang."
"Hm kesiaaan kat maksu~"

dan salah satu yang paling best.

"Kakak rajin tak?
Tolong maksu ambil baju dalam dryer pastu letak ja dalam bakul kat depan dryer tu..."
Little Aina actually brought the bakul to me.
"Ni nak letak kat mana..."
Awwwww~ :D

Indeed...masha-Allah indeed...
"...children are adornment of the worldly life..." 18:46