Friday, December 7, 2012

Back to December

Salah satu gambar yang aku pertaruhkan dalam tugasan akhir kelas fotografi. Sekurangnya lawa banyak lah juga dari tugasan akhir kelas catan semester lepas. Agaknya mengecat bukan forte aku.

Sebentar saja rasa masa. Sudah kembali ke Disember. Bulan bilamana banyak undangan walimah (yang perlu ditolak) dan banyak juga resah gelisah kerana sudah dihujung semester yang berarti peperiksaan akhir tak lama saja lagi nak menjelma. Moga Disember ini lebih baik dari sebelumnya. Ya iyalah kan, siapa tak harap begitu :)

#1
dari tepi tingkap, kedengaran suara perempuan....

"aa bum bum chak, aa bum bum chak, bum bum chak.."

...persis suara arwah mama.

Setiap pulangnya aku dari uni, untuk sampai ke rumah pasti akan lalu makam mama dahulu. Maka setiap pulangnya aku ke rumah, ucap salam pertamaku, buat mama dahulu dan sekalian mereka yang lain disitu yang bakal aku turuti jejak langkahnya. Moga sampai salam aku :)

#2 "Jemaah Islam semua...kan senang.." kata Ustazah Rohayati yang menyelit cerita ada rakan-rakan beliau yang ajak turut serta dalam jemaah mereka in the midst of mengupas soal ikhtilat dalam kelas tadi.

Cukup setuju.

#3 Dari perbualan tempoh hari, kata dear father, beliau cakap dengan kakak tak perlulah pulang Malaysia tahun depan, tunggu dulu. "Tunggu sampai Tina nak kenduri?", kata kakak ipar aku, laju.

Kalau begitu, mahu menikah cepat-cepat lah sebab mahu kakak cepat-cepat pulang sebab sudah banyak-banyak rindu.

Ok, alasan super tak munasabah.

#4 The awkward moment bila kau dah minum 9/10 air dalam gelas kemudian terpandang labah-labah mati yang mati lemas lebih kurang 2 inci dari bibir.

Tragedi sebentar tadi.

#5 Hujung minggu ni uni akan sesak. Jelajah Janji Ditepati di padang kawad dan Pesta Hoki di stadium. Aku pula pulang dengan nota yang sesak dalam beg kerana minggu akan datang sesak dengan kuiz, pembentangan dan viva kemudian kuiz lagi.

Ash-Sharh.

#6 Duduk di altitud tinggi itu menggayatkan. Meski dalam organisasi.

#7 'Mejamasa' peperiksaan semester ini.

Date
Subject
Venue
Time
Duration (h)
Jan 2 (Wed)
FAR 222
Dispensing Lab
9 am
1.5
Jan 3 (Thu)
LSP402
DPA
2.15 pm
2
Jan 7 (Mon)
FAR211
DK I
9 am
3
Jan 7 (Mon)
FAR222
DK I
2.15 pm
1.5
Jan 8 (Tue)
FAR221
DPD
2.15 pm
3
Jan 9 (Wed)
FAR241
DPC
9 am
3
Jan 10 (Thu)
FEL271
DPD
9 am
2
Jan 11 (Fri)
FAR212
DPA
3 pm
2


keep swimming.
keep swimming.
keep swimming.
mahu sepositif Dory!

1 comment:

:: ciK TeaChEr :: said...

labah2 lemas?? haha..tibe2 tringt tragedi charlie lemas dlm btol air ku.. =.='