Sunday, May 20, 2012

kacang buncis

entri random. nah, sejambak cherita.

Kacang buncis & Bobby
Lelah jiwa terasa terubati saat melihat wajah kasih ayah sepulangnya aku ke rumah jumaat lalu. Kelmarin ayah masakkan kacang buncis goreng dengan telur dan lobak masin kerana aku teringin. Terimbau cerita zaman sekolah menengah, ayah bangun pagi masak mee dengan sos kicap dan cendawan kerana aku mahu itu buat bekal. Bila pulang pula, ayah buatkan marinated fish goreng dengan ramuan istimewa ayah ataupun ikan temenung goreng asam. Itulah ayah. Malam semalam, tonton filem Bobby dengan ayah. Kata ayah, filem hindi tu, masa mula-mula keluar di panggung, ditayang hingga sebulan. Barangkali kerana permintaan tinggi. Ada juga yang pergi sehingga 2 kali. Kantoi ayah pernah pegi tengok sekali masa zaman muda-muda dahulu tu :P Teringat those nights zaman sekolah bilamana ada ditayangkan cerita seram, Ju-On contohnya, ayah lah yang temankan aku menghadap skrin televisyen seterusnya temankan aku hingga tidur kerana aku takut (tapi mengada-ngada mahu tonton). Manis.

Chekgu
Jika dulu, setiap tahun pasti punya peluang dengar chekgu-chekgu mendendangkan Kami Guru Malaysia ketika perhimpunan. Prior to the big day, para pelajar pasti akan sibuk merancang hadiah untuk guru-guru, guru kelas terutamanya. Ada hadiah dari kelas, ada juga hadiah peribadi. Semuanya bagi menghargai insan-insan pendidik. Tidak kiralah dalam tahun itu pernah kena rotan, marah dan sebagainya. Pada aku, memori tentang mereka antara yang paling sukar lekang dari ingatan. Mereka yang menuntun sebelah tangan aku dalam menyelusuri jalan kehidupan. Terima kasih, chekgu. Dan chekgu yang paling hebat antara semua pada aku adalah mama (ayah juga). Tahun lalu, buat pertama kalinya dalam hidup aku cuba benar-benar baca makna surah Yasin yang selama ini hanya bibir petah menyebut kalimah. Gugur airmata bila sampai ke ayat 65 - "Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.". Masha-Allah. Ya, takut. Dan itulah yang allahyarhamah mama ajar dari ketika aku masih tak begitu pandai membaca. Pesan mama bila aku nakal, walaupun tika itu masih kecil, tangan dan kaki yang melakukan itu akan jadi saksi di akhirat kelak dan ketika itu mulut tak bisa menipu bahkan bicara juga tidak mampu kerana dikunci. Mama sering kata mungkin mama tidak lihat apa kamu buat tapi Tuhan nampak. Aku gembira aku tidak lupa, meski dahulu cuma instant insaf dan masih nakal juga. Hari ini, aku mahu cuba jadi lebih baik. Sekalung doa, sepenuh cinta, buat mama.

dan terima kasih Tuhan
"Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Mulia. Yang mengajarkan dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." 96:3-5

Kad Kahwin
Musim cuti sekolah hampir tiba, seperti biasa, musim cuti sekolah = musim walimah. Berbagai-bagai gaya kad kahwin yang diterima hingga jadi bahan bual aku dan ayah. Ayah kata, buat simple sudah, fotostat pastu lipat empat (macam biasa orang buat 10 tahun lepas) and so I just gave him the muka-tak-setuju dan ketawa. Atau jemput saja di internet, email atau facebook cadang ayah. Ataupun SMS sahaja, tentang location map rumah pengantin, memandangkan ramai yang miliki GPS hari ini, SMS sahaja koordinat rumah. Haha. Ada-ada sahaja ayah.

Exam
Jadual sudah keluar, 5 hari direct ada paper. Naluri insaniyah sedikit membuat aku cuak bimbang. Tapi itu rencanaNya. Insha-Allah, if Allah brings you to it, Allah will bring you through it. Dan...aku jadi tersenyum sendiri bila ada insan jauh mengirim ucapan "All the best" :) Semoga Allah merahmati kamu. Ada rezeki, kita bertemu, semoga dipermudahkan.

Cuti
Holiday starts on June 22nd. Tidak sabar rasanya. Mahu berehat Dalam Dekapan Ukhuwwah di Padang Bulan bertemankan Cinta di Dalam Gelas sambil menikmati indah Langit Vanilla. Jika berkesempatan, mahu juga rasa Bahagianya Merayakan Cinta. Dalam pada itu, juga mengharapkan pertemuan dengan The Alchemist, jika tidak, By The River Piedra I Sat Down and Wept. Yang paling diharapkan - Purification of Heart. Sungguh pelbagai acara mahu aku buat ketika cuti. Itu ini begitu begini. Ah khadijah, seolah masa kau punya, detik seterusnya belum tentu milik kau.

Syukur
Di radio sebentar tadi, ada seorang ustazah bicara soal syukur. Cukup tertarik dengan kata-katanya. Dalam hidup ini, dalam setiap apa pun yang berlaku, ada ruang untuk Alhamdulillah. Apapun yang terjadi, insha-Allah, ada kebaikan padanya. Ujian...bisa jadi penghapus dosa dan bisa juga ianya meningkatkan darjat disisi Yang Maha Esa, itu rahsia Dia. Maka, Alhamdulillah ala kulli hal :)

Lillah
Memaknai setiap hela nafas, setiap degup jantung, tak mudah.
Lillah, sentiasa, harapnya.

3 comments:

:: ciK TeaChEr :: said...

da aku juga tersenyum manis melihat insan jauh itu mengirim kalam buatmu :D

A.F.A said...

tina, getting married are u?

khadijah said...

mirul, not yet laa. haha. was just talking about people's wedding cards with dad.

i'll tell you if i'm gonna get married :)
and you should do the same too. hehe