Saturday, May 19, 2012

aman

bumi sudah senja, aman pasti tiba

artinya aman
bukan cuma tiada darah yang tumpah.

indah kau lihat. aman.
sedap kau rasa. aman.
merdu kau dengar. aman.
cukup-cukup makan. aman.

tidak, aku tidak bicara soal syukur.
aku bicara soal aman.

kerana aku lihat...
kebenaran di belakang palang besi.
dengan emas mulut bisa dikunci.
manusia meratah daging saudara sendiri.

kerana aku lihat...
mata-mata dikaburi kata.
pewaris bangsa sibuk berdansa.
hukum Tuhan hanya dibaca.

apa kau tidak ambil kira nilai yang terbunuh
apa kau tidak ambil kira moraliti yang lusuh
apa kau tidak ambil kira pegangan yang roboh
apa kau ukur aman dengan berapa liter darah yang jatuh?

apa sudah aman
bila kau sendiri separa buta pada arti aman sebenarnya


ini cuma omongan bersahaja
satu manusia biasa

kalau salah tolong tunjukkan