sekali lagi, melayan perasaan, seperti ini kucing, makhluk berbulu berkaki empat yang paling ku suka. |
Yam Seng!
Tiga kali dengan segelas jus oren.
Tambah satu lagi..kali ini
bersama dua insan bercinta yang dirai.
Pelukan dari Aunt Swee Lan.
Bisikan gembira dari Aunt Patricia.
Bicara mesra Aunt Foon.
Senyuman manis Uncle Tong.
dan lagi. dan lagi.
Cukup buat jiwa rasa hangat.
Ya, mereka tidak sujud pada Tuhan yang ku sembah
tapi talian darah tidak putus dengan dua kalimah syahadah
Tak gitu? :)
Dan..mata juga terasa panas.
Sambil titis titis jernih berlumba mahu keluar.
Kerana rasa rindu yang cukup cukup kuat
buat satu wanita yang pernah dipanggil Linda Foong.ps - ya, gambar sedikit tidak selari dengan tema. apakan daya, aku terlupa bawa alat canggih itu yang mampu mengabadikan saat.
Yam seng!
Hari Isnin ada quiz.
Sepertinya sup sirip ikan yu, isi ketam,
broccoli dengan razor clam, udang bawang putih,
broccoli dengan razor clam, udang bawang putih,
jus oren, teh cina, air buah longan dan itu ini dan macam2
sudah bikin mata aku separa tutup. Kadar serotonin juga sudah turun.
Wahai buku, sudilah hadir dalam mimpiku..?
No comments:
Post a Comment