Sunday, April 22, 2012

nasihat

putih bersih, tenang mekar, dalam hijau warna syurga. aku cemburu.


"Satu saat, kuminta nasihat pada seorang sahabat
aku merasa tak layak akh, katanya

aku tersenyum dan berkata
jika tiap kesalahan kita pertimbangkan
sungguh di dunia ini tak ada lagi
orang yang layak memberi nasihat

memang merupakan kesalahan
jika kita terus sahaja saling menasihati
tapi dalam diri tidak ada hasrat untuk berbenah
dan menjadi lebih baik lagi di tiap bilangan hari

tapi adalah kesalahan juga
jika dalam ukhuwah tak ada saling menasihati
hanya kerana kita berselimut baik sangka kepada saudara

dan adalah kesalahan terbesar
jika kita enggan saling menasihati
hanya agar kita sendiri tetap
merasa nyaman berkawan kesalahan

Subhanallah, di jalan cinta para pejuang
nasihat adalah ketulusan
kawan sejati bagi nurani
menjaga cinta dalam ridhaNya"

Salim A. Fillah

sungguh aku mendambakan ketukan ketukan kata
kerana aku bukan pemandu jiwa yang hebat
seringkali terbabas, kemek sini sana
dan maafkanlah, maafkanlah
maafkan jika refleks keakuanku hadir
kerana sudah termaktub dalam hukum Newton ketiga
untuk setiap daya tindakan, ada satu daya tindak balas
magnitudnya sama, namun, arahnya bertentangan

maafkanlah bilamana aku tidak mampu mengenakan daya
untuk meneutralkan daya tindak balas yang tidak sepatutnya



buat setiap manusia yang pernah 'mengetuk' ku
sungguh, aku berterima kasih kepada kalian
semoga Allah merahmati

1 comment:

the babbler said...

kakak,
i just love ur blog,n ur writings
and ur pics.
they're all cute :) may Allah bless u dearly,keep blogging! :D