mode:melayan perasaan macam meowmeow ini :( |
homesick
Yeah, miss the comfort of own home. Atmosfera di rumah itu berbeza. Dan di rumah, pasti ada suatu sudut yang bisa memberikan ketenangan meski kacau mana pun jiwa pada ketika itu. Ya, agak mengada-ngada sebab uni cuma less than 30 mins away from home. But still....ianya dua tempat yang jauh berbeda.
Bicara dengan nenek beberapa hari lalu,
Nenek : Awat selsema tak baik baik lagi ni?
Aku : Haha selsema malas nak balik asrama~
Nenek : Segan (malas) nak pi, berhenti~
Haha nenek sungguh selamba.
darling
Petang ahad Pak Lang datang rumah. Seperti biasa, soal pelajaran ditanya. Kemudian ditanya pula berapa tahun lagi akan menghabiskan pengajian. 3 tahun lagi kataku, dah tua lah nanti bila habis, tambahku :P Kata Pak Lang, alaaa call la darling kata "Hello Darling, masuk lah meminang cepat". Cukup membuat aku tertawa. Darling mai manaaa ni Pak Lang =.=""
earthquake
Tempoh hari. Ustaz yang memberi kuliah maghrib di surau bicara soal ini.
Ketika gegaran iu berlaku, masing-masing sibuk lari turun dari bangunan, mencari tempat selamat.
Kemudian apabila ramalan gempa dan tsunami keluar, masing-masing sibuk ambil precautions ini itu kesini kesitu dan sebagainya. Walhal, itu cuma ramalan manusia yang masih belum tentu dan hanya bisa berlaku dengan izin yang Maha Esa. Sedangkan hari kiamat, bukan ramalan yang belum pasti, bahkan sudah confirm sejak beribu tahun dahulu, termaktub dalam al-Quran dan tanda-tanda dekatnya ia juga banyak kelihatan, adakah masing-masing sibuk ambil 'precautions' untuk selamatkan diri bila ia tiba nanti?
#note to self
kumpulan
Bukan minatku bicara soal ini tapi terasa mahu berkata. Mengapa perlu ada kumpulan ini dan itu sekiranya benar kita ini satu ummah yang insha-Allah berpegang kepada manual hidup yang sama, berada di jalan yang sama, perjuangan yang sama, matlamat yang sama. Dari pandangan mata kasar satu manusia yang sangat tidak mengetahui ini, sepertinya tiada apa yang mana-mana kumpulan bisa berbangga kerana dengan membiar terwujudnya kumpulan-kumpulan sudah jelas nyata sebuah perpecahan melainkan setiap satu saling bantu tanpa pertelagahan pertelingkahan atau mempertikaikan matlamat antara satu sama lain dan bergerak sebagai sebuah gabungan dengan satu pemimpin yang jelas. Sekadar 2 sen milikku. Ya, berkata itu mudah. Betulkan aku andai salah.
toxic
"With a taste of poison paradise, I'm addicted to you, don't you know that you're toxic..". Tidak, bukan, bukan hendak cerita perihal lagu nyanyian Britney. Dari kelas petang tadi, baru tahu, lemak dalam badan menyimpan sedikit sisa-sisa ubat yang kita makan atau dalam erti kata lain, ubat yang kita makan, ada sebahagian kecil dos nya tersangkut pada lemak. Correct me if I'm wrong. Dan apabila berpuasa, sebahagian lemak akan dipecahkan dan hal ini akan membebaskan dos ubat-ubatan yang tersangkut pada lemak. Oleh kerana ianya hasil akumulasi dari suatu jangka masa yang lama, kesannya sedikit toksik kepada tubuh maka kerana itulah beberapa hari pertama puasa, rasanya lesu. Walaubagaimanapun, toksik itu tidak kekal lama, tubuh akan membuangnya maka secara tidak langsung. Pendek kata, lemak yang pecah membawa kepada penyahtoksikan (detoxification) tubuh yang sememangnya menyihatkan. Subhanallah, Maha Suci Dia yang menetapkan kewajipan berpuasa.
......kadangkala, hati juga perlu 'pecah' unutk penyahtoksikan jiwa.

1 comment:
dan saya, sedang selsema juga :) hihi
Post a Comment