Friday, September 30, 2011

uncle wong


2nd trip to nursing home. met uncle wong.
cheerful. as always :)

"Uncle..kenapa tak kahwin?"

"Tak ada nasib la. Orang Cina kata bo yen."

----------------------------

"Sudah kawen ka?", ini soalan directed to Syamil.

haha.

"Belum lagi, uncle, muda lagi"

ok lah tu, he's 19.

-------------------------------

"Bila mau kawen?", me pulak kena, 2 times in fact.

"Bila sampai nasib la, uncle" :D

*laughter*


Monday, September 26, 2011

unerasable

source : google


kadangkala angin
menghembus buka
muka surat lama.

kadangkala rasa
mahu koyak saja
mahu buang semua.

biar jadi abu.
biar hilang begitu.

unerasable.
the previous chapter.


but He knows best.
He knows best :)



sedang belajar melakar
mahu indah akhir cerita





Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruanNya, sekiranya mereka memiliki semua yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak itu lagi, nescaya mereka akan menebus dirinya dengan itu. 13:18


Saturday, September 17, 2011

keberadaan

Penang Bird Park, 2011

suka. suka keberadaan di rumah. di samping insan-insan tersayang. dapat melepas rindu pada katil, bilik air. bak kata Dorothy dalam The Wizard of Oz, there's no place like home :)

dan keberadaan di tempat baru...banyak yang hendak dicerita.

wisemen say, everyone you meet will teach you something. and as normal human being, banyak perkara pada diri sendiri yang tak dapat dilihat. kalau bicara tentang yang zahir sahaja, mana mungkin dapat melihat leher sendiri, belakang badan, bahkan muka sendiri juga tidak dapat dilihat jika tiada cermin atau apa-apa alat. apatah lagi tentang yang tidak zahir - attitude, misalnya.

"weyh hang toksah nyanyi, satgi hujan turun." - a very common joke. penulis sendiri juga sangat terbiasa dengan joke tersebut sedangkan sebenarnya banyak silapnya. syukran to someone for the advice. first of all, mana tahu hujan akan turun kalau nyanyi dan kalau tidak nyanyi sekalipun? it's under His bidang kuasa. the way the joke goes, when we say it, it is as if mempercayai sebuah nyanyian tak sedap akan menyebabkan hujan turun. macam syirik? macam khurafat? ok, im nobody and not qualified to determine a hukum for it but when explained, it does sounds wrong. kan?

alaa....just kidding mehh, didn't really mean it pun. tapi....

"If you ask them, they declare: "We are only talking idly and joking." Say: "Was it Allah and His ayat (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelation) and His messenger that you were mocking?" Make no excuse; you disbelieved after you had believed. if We pardon some of you, We will punish others amongst you because they were Mujrimun (disbelievers, sinners). 9:65-66

qudwah hasanah, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda - Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar. (Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah)

Dan sabda Rasulullah s.a.w. lagi - Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya. (Riwayat at-Tirmizi)

Dan according to riwayat Ahmad pula, sabda Baginda begini - Celakalah seseorang yang berbicara dusta untuk membuat orang tertawa, celakalah ia.

Bagaimana Rasulullah s.a.w. bergurau? This is from hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi which I kutip-ed from here and heard about it few times -

Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.

jika dikaji sirah Baginda, banyak lagi cerita... bergurau juga ada batas dan seninya. the best is to never ever involve Allah, his proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, power and never ever involve Rasulullah s.a.w. in jokes. and never ever say anything but the truth. how to say the truth, depends on individual's creativity. ya, berkata itu mudah.

astaghfirullah, selama ini penulis bergurau macam mana?
-------------------------------------------------------------

besides that...if we watch movies, dramas, the Malay ones especially (or maybe.. particularly?), "Ya Allah" or "Ya Allah, help me with.../save (a person) from..../award me with.... etc" has always been part of the script. bak kata abang, depa ni buat Allah jadi pelakon tambahan. I once thought it is something biasa, since dari dulu sampai sekarang, tengok tv, dengar skrip macam tu. but bila abang cakap gitu, and when I fikir-fikir balik again, betul jugak, it's like faking a doa, faking a prayer to God. and isn't it when we say "Ya Allah" or "Ya Rabb", we are actually calling God, calling Allah s.w.t., the All-Hearing. how can we make 'the call' part of our jokes?

even policemen don't like panggilan palsu and enforced a law tentang tu.

inikan pula bicara tentang Tuhan.

wallahualam. astaghfirullah.
May Allah swt guide us all.

Tuesday, September 6, 2011

optional

caged beauty. penang bird park, 2011.

rasa sedih nak tinggal blog untuk few days dalam keadaan post yang last ditulis dengan mood yang tak begitu happy. ceria is important :D
-------------------------------------------------------------

so much to say. so little time.

optimism itu indah :)




ps - will edit this, insha-Allah.
-------------------------------------------------------------------

back to blogging. basically, last tuesday was the beginning of something new. life would not be the same again. and it seems like I won't have much time to write here any longer... :( sangat rindu Ramadhan lalu dan apa yang dilalui. rindu rasa itu. rindu masa itu.

suddenly teringat words of wiseman - you don't have time for anything, if you want to do something, you have to make time for it.

dan sebenarnya sudah terlupa most things that I wanted to say in this post at first. mahu bicara tentang betapa sebenarnya semuanya adalah optional kecuali sunnatullah, of course. betapa sebenarnya compulsory itu hanyalah satu perkataan. conscience yang menentukan pilihan dan conscience datang dari 'dalam', jernih keruh dalam menentukan how the conscience is gonna work. mahu bicara sebenarnya 'alhamdulillah ala kulli hal' adalah sangat sangat possible meski untuk benar-benar mempraktikkannya bukan mudah, tapi insha-Allah, insha-Allah, bisa dipermudah.

dan optimism adalah pilihan. melihat dari mana-mana persepsi adalah pilihan. bagaimana sangkaan adalah pilihan. the choice is in our hands. meski ya, tiada mustahil akan terbabas kadangkala namun bukan bermakna tidak perlu bangun semula, kukuhkan pendirian, sucikan hati, kerana bukan natijah yang diperiksa tapi yang dilihat itu usaha :) ya, pesanan untuk diri sendiri. طهر قلبي, ya Allah.

tiada satu daun pun gugur melainkan telah ditulis di lauh mahfuz, apatah lagi peristiwa/hari/situasi yang terjadi. semuanya dengan izinNya, musibah, rahmat, ujian.. dan tiadalah melainkan hanya kebaikan dariNya :)


ps - rindu mahu menulis seperti dulu

Monday, September 5, 2011

pergi

Tropical Spice Garden, 2011

tentang esok. the start of something new. if life were a game, it feels like going to the next stage.
had a conversation with a dear friend. and when she started saying stuffs like - jaga diri, jaga solat, jaga peribadi. semoga ukhuwwah dipanjangkan oleh Dia....dan banyak lagi, suddenly it feels like there's a lump in my throat and dada terasa sebak and entah kenapa ada air jernih yang seperti mahu menitis di pipi. and this reminds me of why do people have to leave each other. T_T

and so...yeah...i might not be able to write as frequent as before. will soon be engaged to my studies :) tak sabarnya nak habis~ hehe

dalam kemeriahan aidilfitri dan dalam kesibukan membuat persiapan untuk 'the next stage', tanpa disangka disajikan dengan suatu pertanyaaan yang tanpa disangkakan membawa kepada suatu pengalaman yang entah bagaimana mahu diperkatakan. mengingatkan diri tentang 'sejarah' dan betapa diri ini banyak salah. for a split second, terasa it shouldn't have happened or I should've said 'no' in the first place considering my state/condition & history and I should've handled things differently. but then when i come to think of it again, Allah swt tidak jadikan apa-apa pun dengan sia-sia. ada hikmah and definitely there is something I should learn from what happened. teringat one line dari tak ingat movie apa - each person you meet has something to teach you :)

part of a poem by an unknown author -

People come into your life for a reason, a season, or a lifetime. When you figure out which it is, you know exactly what to do.






Saturday, September 3, 2011

eid al-fitr

terlalu banyak hendak dicerita. tak tercerita semua. tentang kelmarin, semalam, hari ini, beberapa hari lalu. cerita-cerita indah.

can i just leave the stories untold..unwritten. can i just leave the feelings unexpressed. couldn't find any short and simple words to tell everything, to describe each feelings :)

all in all, eid al-fitr kali ini berbeza. berbeza. masha-Allah. terasa indahnya rahmatNya. indahnya perubahan. indahnya silaturrahim. indahnya ukhuwwah. indahnya kebenaran air dicincang tak akan putus. indahnya memohon maaf dan memberi kemaafan. meski pagi syawal pertama bermula dengan air mata dan sebak di dada kerana pemergian insan yang sudah sekian lama bersama. indah eid al-fitr kali ini berbeza.

kali ini. sendiri menziarahi makam bonda. dalam sunyi pagi. tiada kelibat sebarang manusia di tanah perkuburan, mendapat privacy tanpa diminta. pancaran matahari seakan memberi peluang agar aku bisa duduk lebih lama. ziarah kali ini ditemani rasa yang berbeza. rasa seperti mahu terus menerus di situ, melayan bicara hati. suatu ketika pasti aku juga akan menyusuli mereka. mereka yang sudah pergi. andai bisa bercerita, terlalu banyak yang mahu diceritakan pada mama. ya, babak air mata itu ada. tapi ini bukan drama. akhir cerita, mohon dikabulkan doa.

tentang hari-hari seterusnya. sepertinya masa semakin singkat dan perjalanan masih jauh. mencuba kembali kepada fitrah di setiap langkah...mengharap bimbingan hidayah...

May Allah swt make us
part of al-a'idin & al-fa'izin.
May Allah swt bless us all :)