#1 Aku kira kelas pertama kelas Bahasa Malaysia semalam merupakan kelas yang menggembirakan. Pertamanya, setelah sekian lama baru berpeluang aku dengari pertuturan Bahasa Malaysia yang cukup rapi dengan penggunaan kata, tatabahasa dan bunyi yang benar-benar mencerminkan Bahasa Malaysia. Manis. Murshidi Harun - guru Bahasa Malaysia aku :) Keduanya, kelas dibubarkan awal. Haha.
Maka, entah bagaimana, rasanya mahu cuba menulis sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia untuk semester ini. Kekok juga rasanya. Tambahan pula, Bahasa Malaysia aku sememangnya tunggang-langgang caca-marba raplah-jingga =.="
#2 Aku mencari terjemahan 'random' dalam kepala, malangnya tidak dijumpai.
Laman web Dewan Bahasa dan Pustaka sangat berguna.
Random adalah rawak.
#3 Aku rasa ianya sangat cool awesome mengagumkan apabila penjual makanan di kafe yang bergender berbeza dengan aku itu mengembalikan baki wang syiling dengan cara yang tidak akan menyebabkan bersentuhan jemarinya dan telapak tangan aku.Tidak seperti kebanyakan peniaga dan penjaga tol juga =.=" Mungkin pada ramai manusia kelihatan kecil adab itu tapi aku kira pada sisi Tuhan, besar artinya. Moga Tuhan rahmati beliau.
#4 Kadang-kadang ianya menarik apabila terjumpa atau menjumpai sesuatu dari masa lalu lagi pula kalau perkara itu sudah tertolak ke hujung-hujung ingatan. Apatah lagi jika ianya mengembalikan saat-saat lucu dalam meluncur usia, belajar menjadi dewasa.
#5 Tertarik dengan seperca penulisan satu kawan tentang kualiti. Banyak benarnya. Secara kasarnya, kelihatan seumpama Nokia 3310 lebih 'chokia' dari iPhone. Atau Galaxy Note lebih baik dari Xperia. Hakikatnya masing-masing ada kualiti berbeza - kualiti harga, kualiti pemproses, kualiti kamera, kualiti aplikasi-aplikasi dan sebagainya. Seperti manusia juga - kualiti setiap kita itu berbeda.
#6 "Yet when I learned I carried the mutation, I felt the cruel weight of a paradox: you can never know whether you want to know until you already do.
At Stanford, I study artificial intelligence, in which math is used to resolve these sorts of dilemmas. My teachers claim that gaining information never hurts. It can be proved mathematically that a robot with more information never makes worse decisions But we are not robots. Our eyes don’t filigree the world with coordinates and probabilities, and they can be blinded by tears. Still, we, too, display a preference for information. We dislike uncertainty so strongly that we sometimes even prefer bad news."
- Emma Piersen, Knowing You Carry a Cancer Gene, NY Times-
#7 Ini salah satu perkara yang terkubur dalam draft untuk beberapa masa - kesinambungan dari ucapan hari lahir satu kawan.
"So untuk umur yang berbaki taktau berapa lama ni, kena set up betul-betul persiapan, arah mana nak pergi, sebab penghujung tu yang kita nak success.
Manusia yang paling bijak, ialah manusia yang sentiasa ingat tentang mati, dan melakukan persiapan untuk itu - Rasulullah."
Terima kasih kerana ingatkan :)
#8
Jadi teringat akan status satu rakan di mukabuku - Jangan kehilangan dirimu sendiri dalam proses bertahan pada seseorang yang bahkan tak peduli jika dia kehilanganmu.
Kadang kita terlalu cinta akan manusia sampai jadi dungu. Sejati, kononnya.
Kadang kita tak sedar pun.
Kalau ada teman yang perasan aku begitu, ambil galah tolong ketukkan =.="
karya jiran aku. |

1 Februari 2013 karya Fazleena Hishamuddin |