15 Mac 2011 Beruang itu juga sudah tiada, entah mengapa gambar ini masih. Ada sesuatu yang terlalu barangkali. |
Hari sebelum hari ini untuk diingati.
Hari selepas hari ini untuk dinanti.
Hari ini untuk dihargai.
Kalau hari sebelum hari ini terlalu diingati, barangkali sukar untuk hari ini dihargai dan hari esok untuk dinanti. Barangkali, bikin parut lama luka kembali, pedih. Barangkali jadi sukar melepaskan pergi yang sudahpun pergi. Barangkali leka terbuai kenangan, lalu tak bersedia menghadapi yang menanti. Kalau hari selepas hari ini terlalu dinanti, barangkali sukar untuk hari sebelum hari ini diingati dan hari ini untuk dihargai. Barangkali akan jadi manusia rugi kerana hari selepas hari ini belum pasti namun harus setiap insan punya ekspektasi. Barangkali terlupa ambil pelajaran dari yang sudah terjadi. Barangkali tidak perasan ada yang tercicir sebelum ini. Barangkali asyik dibuai angan, tak tercapai pula nanti. Kalau hari ini terlalu dihargai, barangkali hari sebelum hari ini sukar diingati dan hari selepas hari ini sukar dinanti. Barangkali, seperti ditaip sebentar tadi, terlupa ambil pelajaran dari yang sudah terjadi. Barangkali sukar menerima esok bakal hadir. Barangkali akan begitu bersedih hati sekali kerana hari ini pasti berlalu pergi.
Terlalu itu menyakiti.
Contohnya, terlalu mencintai.
Tapi, terlalu mencintai akan Dia itu terkecuali.
Kenapa? Kerana manisnya bisa sampai infiniti :)
Spontan.
Untuk ingatan diri - terutama.
4 comments:
Lupakan saja semua cerita hentikan dusta antara kita (lyric lagu sapa tah)*sambil nyanyi korek hidung
barangkali barangkali.. hari hari..pening sy bace =.='
btw, bear tu dh dihntar pulang ke pngkuan pmiliknye kah? :D
ceyttt cila...hahahha bila masa aku dusta-dusta dgn hg weyh.
teacher fadh, barangkali itu yang sebaiknya untuk kelesterian hari selepas hari ini. hahaha
marilah pergi hari-hari~
LOL!!
Post a Comment