Aina, July 15, 2012 |
Of priority, discipline and attending classes.
Dan sememangnya aku bukan manusia yang paling optimum untuk bicara soal ini. Ya iyalah, dalam latihan kebakaran dua hari lalu saja aku menyambut deringan membingitkan loceng kebakaran yang menembus mimpi yang membuai ku lena dengan teguh mengekalkan status aku sebagai manusia berselimut. Namun jika benar harus aku capai tingkatan itu dahulu maka aku khuatir sampai bila-bila mungkin aku takkan mula kata. Izin aku letak ketidaklayakan aku ke belakang.
Entah minggu bila aku periksa dinding mukabuku dan aku lihat satu kawan 'suka' satu artikel. Artikel yang aku klik capaiannya dan baca dari huruf pertama hingga akhir. Artikel yang sebahagian isinya bercerita tentang keutamaan, disiplin dan menghadiri kelas.
Artikel ini - Pelajaran Merosot, Salah Gerakan Islam atau Individu?
Artikel ini - Pelajaran Merosot, Salah Gerakan Islam atau Individu?
Barangkali melihatkan tajuknya, mungkin ada yang punya rasa ianya spesifik buat mereka yang turut serta mana-mana Islamic movements, societies, clubs etc. Setelah baca, rasa aku, sebahagian besar isinya relevan buat semua. Tidak kiralah yang menyertai sebarang gerakan islam mahupun tidak kerana di akhir cerita sebagai manusia yang tunduk pada Yang Maha Esa, kita bergerak bersama Islam.
Satu kali petik...
Satu kali petik...
"Masalah akademik, kehadiran ke kelas serta pointer mungkin nampak biasa bagi sesetengah orang. Memang benar, pointer tinggi belum tentu menandakan kejayaan dalam kehidupan. Selalu hadir ke kelas pun belum tentu kita akan berjaya dalam peperiksaan akhir.
Tetapi, semua itu sebenarnya melambangkan nilai disiplin dalam diri kita.
Pointer tinggi atau rendah, bukan itu yang utama, tetapi yang
penting usaha kita mesti kuat ke arah mencapai yang paling tinggi. Faham
atau tidak pelajaran, berjaya atau tidak dalam peperiksaan akhir, yang
penting kita menanam disiplin dalam diri untuk rajin hadirkan diri ke
kelas.
Itulah nilai disiplin kita. Apa guna berkobar-kobar laungkan seruan
Islam, tetapi selalu tidak hadir ke kuliah? Apa makna dakwah kalau kita
sendiri ketika belajar telah menghilangkan nilai berkah ketika menuntut
ilmu itu dengan selalu tidak hadir ke kelas?"
Dua kali petik...
"Islam tidak pernah mengajar kita untuk berlebih-lebihan dalam satu
hal sehingga menzalimi satu hal lain dalam kehidupan kita. Seimbang dan
sederhanalah.
Juga yang paling penting, berusahalah menyusun prioriti. Jangan
kerana kesalahan diri kita sendiri, kita membawa fitnah yang lebih buruk
kepada Islam.
Yang lebih utama, kita utamakan.
Yang tidak utama, kita kemudiankan.
Yang tidak utama, kita kemudiankan.
Biar ketika kita menyebarluaskan Islam ini, bukan kata-kata saja yang
menebar, bahkan ia hadir bersama contoh-contoh yang segar!"
Dan sungguh ayat penutup itu seperti sebaldi simbahan air sejuk ke muka dalam dingin hujan petang Sabtu. Ouuu fresh example, please, lady writer! =.="
No comments:
Post a Comment