sneak peek episod hidup akan datang :) |
Seusai Maghrib,
"Amin..."
Dua tangan sapu muka.
Masih bertelekung, kalih ke meja.
Capai kompilasi warkah cinta.
Mencari penanda. Menyelak muka.
Baca, baca dan baca.
Dan tiba pada 2:286
"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Tuhan tidak memberati sebuah jiwa
melainkan sesuai dengan kemampuannya.
Seolah dipujuk rasa gundah gulana.
Mata mula menakung air.
Macam mana pun kau,
lambat menerima panggilan,
leka dari mengingati,
atau apa sahaja kerenah,
Dia tetap sayang.
Kau busuk, kau kotor,
kau kembali, Dia terima.
Hanya dengan ar-Rahman
Hanya dengan ar-Rahim
Hanya dengan al-Wadud
kau bisa jatuh cinta berkali-kali
jatuh cinta lagi dan lagi
selagi kau mengerti dan tidak lupa
apa artinya cinta
ps: bagaimana sudah kau balas cinta?
3 comments:
ni jadual exam ke?fuhhh padatnyaaa.
a ah, Ain :) jadual exam. haha
May Allah swt eases ur days. Bittaufiq wannajah fil imtihan my dearest qis :)
Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan sediakanlah petunjuk untuk kami dlm menyelesaikan urusan kami. (al-Kahfi:10)
Post a Comment