Sunday, March 18, 2012

tak apa, ibu

Sunset view from somewhere in Seoul Land, Jan 2012.

Kuliah Maghrib oleh UAI semalam.
Syukur alhamdulillah, sampai juga. Bersama 4 dear friends :)

Jujur kisahnya, penulis tidaklah ingat jalan dan teman sekereta juga ingat lebih kurang. Oleh kerana ramai yang juga on the way ke masjid negeri untuk attend kuliah beliau, nampaklah sebuah kereta filled with brother2 berkopiah/baju Melayu dekat lane sebelah, then ada pula signboard yang menunjukkan lane sebelah leads to Jalan Masjid Negeri, maka somehow penulis pretty sure lah sedang berada di jalan yang benar, cuma kena tukar lane. Tidak lama kemudian, hilang pula petunjuk as in rak nampak mana-mana kereta yang juga heading ke destinasi yang sama. Bertemu pula 2 jalan, satu jalan straight, satu lagi flyover. Gerak hati mengatakan jalan straight. Ketika itu sudah cuak kalau kalau tersalah jalan. Dan tidak lama kemudian nampak 2 - 3 motor di hadapan, yang membawa motor adalah brother2 berbaju Melayu. Assumption = confirm they all ni nak pi masjid jugak. Maka penulis terus aje follow belakang. Alhamdulillah sampai. 

Sejenak terfikir, tiada sesuatu pun yang berlaku melainkan ianya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Sedangkan gugurnya sehelai daun juga sudah tertulis, apatah lagi peristiwa-peristiwa yang lebih besar. Alhamdulillah, He guides the way. Hasbiyallah wa ni'mal wakeel.

Sedikit tentang content kuliah semalam - Ustaz bicara tentang membaca al-Quran. Ayat-ayat al-Quran, Alif Laam Meem, contohnya. Satu huruf 10 pahala, 3 huruf sudah 30 pahala. Namun, berapa ramai yang membaca. Bagaimana jika Alif Laam Meem, satu huruf RM10, 3 huruf sudah RM30. Boleh predict berapa ramai yang akan baca.
Maka sebenarnya, apakah yang kita cari dalam hidup ini?
----------------------------------------------------

Alkisahnya yang hendak dicerita, di sana, aku bertemu seorang ibu.
Ibu yang suaminya telah kembali ke rahmatullah 2 tahun yang lalu.
Yang tinggal bersamanya kini, salah seorang dari anak lelaki kembar bongsu beliau yang masih lagi menuntut di sebuah institusi yang tidak begitu jauh dari rumah yang membolehkannya tinggal bersama ibu.

Cerita ibu itu, hasrat hatinya mahu hadiri kuliah ini petang tadi. Namun, jika datang dengan kereta, sepertinya akan tersangkut dalam kesesakan trafik maka solusinya adalah menaiki motor yang sudah tentunya anak itu harus bawa. Ketika hendak keluar pula, langit kelihatan mendung, memberi petanda hujan bakal tiba. Ibu itu hampir mematikan hasratnya. Walaubagaimanapun, sampai juga ibu itu di masjid kerana kata anaknya - "Ibu, jom lah, Tak apa, ibu, kita tawakkal".

Masha-Allah.

2 comments:

Ain Fatihah said...

Masha Allah! may Allah bless that ibu & her son (:

khadijah said...

Amin. May Allah bless them :)