|
Black Canyon, AEON Jusco, 2011 |
sedap.
but there's a price to pay.
temptation. nafs.
kalau temptation itu stimulus, it triggers the activation of my autopilot mode.
and that's the worst part.
mencari button
reset.
tiada.
usaha tangga kejayaan.
mudah dikata.
------------------------------------------------
Di satu musim sejuk, penangkap ular itu memanjat gunung untuk
mencari buruannya. Beliau terjumpa dengan banyak ular yang seperti mati
dek cuaca yang sejuk. Ular-ular yang berhibernasi itu ditangkap dengan
mudah, dimasukkan ke karung dan dibawa turun ke pasar. Penangkap ular itu mahu menunjukkan kepada orang ramai kepakaran dirinya menangkap pelbagai jenis ular.
Semasa tiba di pasar, tatkala mentari yang bersinar dengan sedikit
kepanasan haba yang datang, ular-ular yang tadinya beku seakan mati,
hidup, liar dan bertempiaran lari meninggalkan penangkap ular dan
menimbulkan ketakutan setiap mereka yang berada di situ.
“Demikianlah nafsu kita. Dengan didikan, ia menjadi jinak, lumpuh,
malah membeku. Seperti ular itu tadi. Tetapi nantikan nafsu itu terkena
sedikit tempias keenakan dosa dan nikmat dunia, bisa sahaja ia menjadi
seperti ular berkenaan” nasihat Maulana Jalaluddin al-Rumi.
Sesungguhnya taubat dan kesedaran kita hanya di satu peringkat kehidupan.
Kita masih berjuang mengejar Husn al-Khatimah.
Bersederhanalah dalam membina harapan.
Agar kecewa dan keluh kesah tidak menjadi bahasa harian.
Banyakkan berdoa, banyakkan berbicara yang positif, banyakkan memberi motivasi.
Bukan untuk sesiapa, lebih kepada diri sendiri.
(dipetik dari
sini)
saat tersedar itu saat paling indah
namun ianya hanya satu permulaan
jalan dihadapan memerlukan diri ini tabah
telah dinyatakan dalam al-Ankabut ayat dua
ya Allah let my love for you transcends everything else