Saturday, October 29, 2011

twenteen


a picture is worth a thousand words.
langkah kaki. lambang hati. jalan retak, berbatu berkerikil.
nothing to do with when, where, how the picture was taken.

tiap kali gambar ini menyapa mata, teringat tentang langkah-langkah sendiri, teringat akan langkah yang pernah diambil, terfikir tentang langkah yang sedang diambil, ter-entah-apa-perkataannya tentang langkah yang akan diambil, teringat bait-bait lagu Nur Malam...

"Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan"


28/10/2010 --> 28/10/2011
Satu jangka masa yang menyimpan sejuta cerita :)

Alhamdulillah. mampu melangkah. mampu sampai di mana aku berada. meski bukanlah jauh mana namun bagiku sudah cukup jauh dari posisi lama. masa sudah semakin singkat dan perjalanan masih jauh.
-----------------------------------------------------------------------

Jazakumullah khayr kepada sahabat-sahabat yang mengucapkan, menasihatkan, mengingatkan dan mendoakan penulis pada 'hari mengingati hidup' (as described by cikgu Fadh). insha-Allah, setiap hari adalah hari mengingati hidup.

Ucapan pertama datang dari seorang ukhti. Ukhti yang jauh di mata, jarak merentas garis masa, insha-Allah, dekat di hati.

"Sanah Helwah dear! 19:15. :) tahun ni mungkin tak macam tahun lepas2 (xda prank? jk). tapi diharapnya tahun ni menjanjikan sesuatu yang lebih baik. Insha-Allah. Teruskan berusaha mencari cintaNya. Teruskan istiqamah di jalanNya. Moga husnul khatimah itu milik kita, amin.
Uhibbuki fillah syg!"


ya, kali ni tak ada sebarang 'kehilangan' harta benda ataupun kereta berhias tersorok belakang al-Rafi. namun, tanpa sedar, ketika mata meneliti setiap satu suku kata, terasa seperti air jernih mahu mengalir. masha-Allah. apakah yang lebih indah dari diingatkan kepada Rabb ku, halatuju ku, pada ulang tahun kelahiranku di dunia yang sementara. apakah yang lebih indah dari manisnya ukhuwwah fillah. saat itu, terdetik dalam hati, apalah sangat erti manifestasi cinta manusia yang berpaksikan dunia berlandaskan sebuah perhubungan yang jelas larangannya, yang sebelum ini bisa membuatkan hati berbunga-bunga indah. dan akhirnya, itulah yang ditangisi, itu...itu yang membawa qalbi jauh dari Ilahi.


"Hidup tenang diperoleh jika senantiasa bersama Allah dan Allah hanya akan menyertai orang yang senantiasa membersihkan hatinya"

pesan mama :) alhamdulillah, rencanaNya mengatur pertemuan dengan insan yang kini penulis panggil dengan gelaran 'mama'. the advice was copied from a small cute self-made card by mama. kad kecil yang besar makna. cukup dapat membawa fikiran mengimbau kenangan lama bersama my own mama yang selalu..selalu hadiahkan birthday card berserta ayat-ayat indah dan nasihat buat puteri bongsunya. my mama, yang selama hayatnya, aku meragui kesolehahanku sebagai anaknya. dalam meningkat dewasa, surprisingly banyak perkara yang dahulunya samar menjadi jelas, yang dahulunya kabur menjadi terang, betapa ketidakdewasaan dahulu menjadikan aku aku yang dahulu. dan pada saat ini, masih banyak lagi yang perlu dipelajari. meski kini tak mampu membahagiakannya dengan kudrat yang ada, harap hati mampu tulus berdoa dan harap tulus doa itu mampu membahagiakan mama di sana.


"Be better than the past"

pesanan seorang sahabat lagi. insha-Allah. insha-Allah. diri juga mengharap begitu. kata orang, tiada mustahil terjatuh meski di jalan yang lurus, maka haruslah berhati-hati. mengamati kata itu, rasa takut seumpama menyelinap masuk dalam hati. andai terjatuh ku harap calar sudahlah. usahlah luka parah atau tempang sebelah, khuatir tersenget langkah menuju ke lain arah. teringat pula kata-kata seorang teman - Andai tergelincir kembalilah berlatih walau ia sekadar bertatih. terasa terpujuk rasa takut itu. masha-Allah, tiada satu perkara pun yang terjadi melainkan sudah tertulis di Lauh Mahfuz, meski satu daun gugur, apatah lagi situasi aku mengingati kata-kata itu. subhanallah.
---------------------------------------------------------------

langkah mencari redhaNya,
harapnya terhenti... hanya bila nafas berhenti :)



May Allah guide us all in our langkahs.

1 comment:

Ain Fatihah said...

whoaa. suka bace post ni =D