Wednesday, April 13, 2011
4 perkara itu
Hadis Rasulullah S.A.W.
Diriwayatkan oleh Abu Dzar Al-Ghiffari.
Saya telah diwasiatkan oleh kekasih saya 4 perkara yang saya kira itu adalah merupakan perkara yang saya cukup ingati lebih daripada dunia dan segala kandungannya. Yang pertama kata Rasulullah S.A.W. , teguhkanlah bahteramu kerana lautan yang kamu harungi itu adalah terlalu dalam. Kemudian Rasulullah berkata lagi, banyakkanlah bekalan kerana perjalananmu cukup jauh. Dan yang ketiga, ringankan belakangmu kerana yang didaki itu terlalu curam. Dan yang terakhir katanya, ikhlaskan segala amal perbuatanmu kerana yang menilai, yang memeriksa itu amat mengetahui amat melihat apa yg kita lakukan. Oleh itu segala yang kita lahirkan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran kerana Allah S.W.T. Bukan kerana kemegahan diri kita, bukan kerana keagungan kita. Tetapi semata-mata kerana Allah kerana kemegahan kita hanya akan ada nanti di bawah keredhaan Allah. Sekiranya Allah meredhai kita, kita akan bahagia.
Source : TV9's Halaqah Sentuhan Qalbu : Pohon Hidup
Sesungguhnya aku telah melalui sebahagian lautan itu dengan perahu kecil yang terumbang-ambing dipukul ombak. Dan sebahagian perjalananku telah aku siakan dengan hanya menambah beban. Dan di suatu persimpangan, aku tersedar aku begitu jauh hanyut dalam perdaya dunia. Tertipu dengan indahnya sesuatu yang sungguh fana sehingga terlupa mengutip bekalan bagi perjalanan di akhirat sana, yang selama-lamanya. Dan aku masih bertatih perlahan, mencari bimbingan dalam perjalananku mencari redha Ilahi. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masih diberi kepada kita saat ini, jam ini, hari ini. Masih diberi kepada kita peluang untuk mengucapkan kalimah 'Astaghfirullah', untuk kita sujud dan memohon keampunan dari yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment