Monday, April 18, 2011

4 perbuatan itu


Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam 4 perkara iaitu percakapan, diam, pandangan dan gerak.

Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia.

Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka.

Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai.

Tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan perhambaan adalah kosong.

Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakkur, pandangannya sebagai iktibar, dan geraknya sebagai perhambaan, dan daripada lisan serta tangannya manusia mendapat kesejahteraan.

Kata-kata hikmah dari Saidina Ali Karamallahu Wajhah

No comments: