Saturday, March 30, 2013

Rawak

#1 "If you came to learn the tricks of the trade of business from me then fall in sajdah now and make tawbah. But if you came here to connect with your rabb, know that Allah swt sent you here, you do not come."

Syeikh Mirza Yawar Baig dalam tazkirah fajar di The Palace of Golden Horses, KL semasa Leadership Training course yang dikendali oleh The Standard Bearers Academy.

#2 "Dia memang hott stuff, bawak dia ritu ada orang mai hon-hon,tak pernah pernah ada sapa mai hon time aku drive (hon-hon mengusik)."

"Ye la, you bawak, diorang tak tau kata perempuan.."

"So you're saying I don't look like a lady....?"

"No...your driving.."

Hihihi

Teringat kes, angkat handbrake tak cukup (mungkin?) dan ada orang mendakwa kereta aku bergerak ke belakang dan melanggar kereta beliau sebab tempat tersebut curam. Kerana aku tiada di tempat kejadian maka beliau tinggalkan sepucuk nota di wiper. Beliau mulakan nota dengan "Abang,___".

I assume my car is manly enough. Haha

#3 Jumpa buku nukilan Mitch Albom - For One More Day di sebuah kedai buku. RM 32.50 harganya. Di sebuah lagi kedai buku, RM 38.50 harganya. Buku yang sama (tambahan, berkulit keras), yang aku punya, kurang dari RM20, beli di Big Bad Wolf Sale September 2012.

#4 Lesson from Organic Chem class 14/3 - Small small things matters.

#5 Lesson from Pharmacoinformatics class 14/3 - If you don't have the ability to think, you're just a bunch of losers.

#6 Aku ambil kelas khat untuk ko-k initially sebab tak ada choice but then cikgu kata - tajdid niat :) Tangan aku bukan tangan seni aku assume. Bila praktis tulis alif sebaris dua, memang nampak macam belang zebra =.="

tentulah, siapa lagi yang tulis, kalau bukan kawan aku :D

a lot better kan, siapa lagi tulis, kalau bukan guru khat aku

Guru khat aku tu selalu kata - Lagi kita belajar, lagi banyak yang kita tak tahu. Kalau kita tak belajar, kita rasa kita tahu semua.

#7 24/3 - Pergi kenduri di Bandar Bahru dengan Pakcik Bakar & Cikgu Rohani. Manis saja lihat mereka. Pakcik Bakar suruh Cikgu pakai baju sama warna dengan beliau :) Dan cukup manis berbual dengan Cikgu, tak lekang daripada bibirnya "alhamdulillah", "insha-Allah", "subhanallah"...subhanallah.  Berbicara tentang belajar, aku kata agak takut juga sebenarnya bila mahu kerja nanti, kalau salah kira dos, salah buat keputusan, mau teraniaya orang. Balas Cikgu pada aku - beliau angkat tangan seperti berdoa, katanya sebab itu kita nak buat apa-apa, dahulukan dengan doa, insha-Allah baik-baik saja. Subhanallah, ayat mana lebih manis untuk mententeramkan jiwa selain yang mengingatkan pada yang Maha Esa.

#8 Ini hasil kerja satu lady yang hilang minat pada menghadiri kelas dek lecture hours yang panjang, semasa kelas Pharmacognosy. Rasanya yang berkaitan dengan Pharmacognosy cuma Misai Kucing.























#9 Akhirnya, aku kini guna telefon bimbit yang lebih bijak. Lain yang mahu dibeli, lain yang dibeli. Lain bajet, lain jumlah yang dikeluarkan. Mungkin perlu jadi cheapskate sekejap dengan diri selepas ini.

Friday, March 22, 2013

buku

Alhamdulillah - Bookalicious Carnival di uni dan Big Bad Wolf book sale di Times Square, Penang pergi sudah :)

RM100 BB1M fly away sudah~

Tindanan kertas-kertas bertulis yang disatukan, beli dari serigala besar dan jahat. Aku kira minat pembacaan aku sudah sedikit berubah. Bila keluar dari daerah non-fiction, jadi tidak begitu tahu mahu aku apa. Penulisan Cecelia Ahern tidak lagi mampu buat aku angkat buku tanpa letak semula. Penulisan Mary Higgins Clark, tidak begitu kena dengan jiwa. Mudah aku berlalu saja meski mata dapat tangkap nama-nama seperti Nora Roberts, Danielle Steel, Nicholas Sparks, Lisa See dan Little Black Dress. Tercari juga buku Mitch Albom - The Time Keeper tapi tak jumpa. Tercari juga buku Letter to My Daughter or something like that, tak ingat exactly tajuk...kali pertama jumpa di Popular Bookstore Sunway Pyramid tapi tak beli sebab tak cukup duit dan sangka boleh cari di Popular Megamall contohnya tapi tak jumpa.


Rasanya seperti mula lebih suka baca bahasa ibunda, seperti penulisan Andrea Hirata contohnya. Cukup suka dwilogi Padang Bulan dan Cinta Dalam Gelas. Dan rasanya mula suka buku yang punya ilustrasi tapi bukan komik atau manga atau yang sewaktu dengannya. Umm yang seperti picture book kanak-kanak tapi dengan isi yang dewasa. Pilihan genre juga sudah sedikit berubah. Ketebalan melampau juga sudah mampu buat aku kurang selera. Entah apa sudah jadi dengan minat pembacaan aku, kesan sampingan proses penuaan mungkin. Dan dua novel Murakami yang super-tebal itu, aku tak tahu bila mahu baca =.=" Oh dan yang berkaitan dengan pelajaran satu saja jumpa - Instant Clinical Pharmacology...yang nipis itu. Haha

  

Dari Bookalicious Carnival. Nampaknya sudah ada aktiviti cukup untuk cuti semester nanti.

Dan buku Dear Dad ini, oleh kerana comel sangat, aku kutip jua dari serigala besar dan jahat, mahu suruh dear father baca :D

 

And dear father did :D And saw he smiled. And what is more beautiful than that.... Dan buku itu dear father pulangkan lepas baca. Maybe in the future I could give it to whoever that is yang ditakdir jadi belahan jiwa when he's a dad-to-be. Haha Okay, scratch that.



Dan jazakillah khayr pada dearest kakak kerana poskan The Alchemist & Reclaim Your Heart.

Dan lupa nak tambah earlier on, untuk yang mencari kedai kitab around Penang. Ini, satu-satunya yang aku tahu - Kedai Kitab Pak Hassan yang best. Ada jual Minhaj al-Abidin, Hidayah as-Salikin dan yang sewaktu dengannya :D Dan boleh even call minta Pak Hassan tolong carikan buku-buku apa yang mahu sebelum datang.







Nota-nota dan journal articles sudah
sangat-sangat cemburu dan mohon perhatian.

Thursday, March 21, 2013

jelek

























kalau bukan kerana hebatnya Tuhanku menutup aib
pastilah aku tampak teramatlah jelek.

kalau bukan kerana hebatnya Tuhanku beri hidayah
pastilah aku cukup tak tentu arah

kalau bukan kerana hebatnya Tuhanku kurniakan taufik
pastilah aku tak mampu sikit pun buat baik.


kalau ada perkara dalam hidup ini yang boleh aku banggakan
cuma satu - Dia, aku punya Tuhan.

Allah.








dan aku harap aku takkan pernah lupa.
dan aku harap aku takkan pernah.
dan aku harap aku takkan.