Sunday, August 5, 2012

the 'learning outcome'


cropped photo of Miss AF (Uni, 2012)


 
halfway through.
halfway there ?






it's like
 "at the end of this chapter,
you should be able to:_"
i should be able to
i should be able
i should be
i should
i........

 

Friday, August 3, 2012

menakutkan

Dunia ini boleh tarik kau macam UFO dalam filem sains fiksyen. Ayuh selamatkan diri. Eh, kenapa kaki aku sendiri terasa berat. Chupp, coca cola sebelum ironi ini buat kau mahu ketawa sinis, tolong dulu aku lari. Sudi?


Dunia ini menakutkan aku.
Dia pancing pendapat hitam dari satu sudut gelap dalam kepala dan rasa hitam dari satu ceruk gelap dalam hati. Dia pancing kalimah yang seperti pohon buruk tak mampu berdiri yang akar tercabut dari bumi. Dia pancing wibawa seorang raja. Dia pancing jujur seorang menteri. Dia pancing tulus bakal pemuda syurga. Dia pancing mahkota bakal bidadari. Dia pancing banyak lagi.

Dunia ini cukup menakutkan aku.
Dia juga pancing cinta. Dan kalau dia dapat ini.
Gampang sahaja semua yang dia mahu timbul untuknya.



Aku ini menakutkan aku.
Bila Tuhan beri cinta, aku mahu simpan dekat.
Sedang tempat asal cinta di luar dunia itu paling selamat.





"Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani,
semua itu akan diminta pertanggungjawabannya." 17:36
kalau sebelum lidah dikunci pun aku tak mampu beri semunasabah alasan.
menakutkan.

Wednesday, August 1, 2012

RabuTanpaKata







-----------------------------------------------------
off-topic

#1 pergi kedai beli barang semalam dan aku disambut dengan sebuah ekspresi terkejut oleh kakak tukang jaga kedai itu dengan pertanyaan - Adik, hari ni tak pergi sekolah ka?!

#2 been watching Mara Clara these few days dan kelmarin time tazkirah tarawih the ustaz was talking about reading al-Quran like a story book, and that it is really a page-turner too, it makes you want to read more just like watching telenovela/drama and then the ustaz asked - Tuan-tuan tengok tak Mara Clara?*gulp*

#3 tanggal 31 July (yesterday), pukul 9 ante meridiem, keputusan penuh untuk peperiksaan akhir semester dua dikeluarkan. Alhamdulillah. Thumma alhamdulillah.

#4 terima kasih kepada seorang sukarelawan petrosains yang sudi turun pergi ke kinokuniya bagi membantu aku mendapatkan dua harta yang cukup berharga. Tahun ni i boleh kasi you duit raya (also known as hutang postage and packaging yang belum langsai =.=")

#5 The Bibliography of Strings and This is Love