Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allah masih stretch usia untuk tiba di Ramadhan ini.
Tentang usia
Subhanallah subhanallah, pada malam pertama Tuhan sudah seolah hadiahkan sebuah peringatan soal usia. In the middle of tarawih, dengan mata yang masih merah dan basah, cemas a sister cuba mendapatkan a makcik di saf hadapan untuk khabarkan perginya bondanya tersayang. They're not some stranger, both the kakak and her late mom which was affectionately called Mak Teh/Tok Teh are my jiran. Tok Teh was my late mom's friend jugak and masa kecik-kecik mama used to bring me to Tok Teh's house once in a while. And setiap tahun, she's one of those yang cukup istiqamah dalam tarawih attendance. Sampai when she dah so tak larat, she still datang and solat using chair. Subhanallah. May Allah bless her soul. The news wasn't very much shocking considering Tok Teh's age and her health condition. Cuma, diperingatkan soal kematian pada malam pertama Ramadhan itu bagai simbahan air ais ke tubuh pada pagi yang cukup dingin. Orang utara kata, ketaq baq hang. Sometimes, we get so busy with life's events and we have so much plans for the so many things we anticipate in life that sometimes we forgot hampirnya kematian and that kita tak bisa jangka saat mana ruh akan dijemput. Allahurabbi. Moga Tuhan suluh cahaya saat samar ingatan kita pada 'saat itu' dan moga Dia juga kurnia taufiq agar kita bisa perbaik alignment jiwa agar tak tersasar langgar divider et cetera T_T.
8 atau 20?
Dari tazkirah in between tarawih, 2 ustaz dah mention perihal pertikaian soal bilangan rakaat tarawih. 8 ke? 20 ke? 36 ke? Sebenarnya, kata ustaz, semua ada dalil and basically, once ada dalil, semua boleh jalan. 8 boleh. 20 boleh. 36 pun boleh. And while in this topic, one of the ustaz shared a story of Hassan al-Banna. As a teacher, beliau pernah kena posting ke a place where beliau found out that very few orang datang tarawih at the local masjid. There were so many muslims' houses yet the number of people who turned up at the masjid langsung tak resemble jumlah rumah-rumah yang ada. Lepas tanya-tanya, Hassan al-Banna found out rupanya the local jemaah bertelagah soal berapa rakaat tarawih and finally most of them buat tarawih di rumah sendiri. Considering the situation, he decided to do something about it. He ajak the imam to go from house to house and ajak the people datang solat berjemaah di masjid. Perhaps sebab segan (malu) sebab some stranger yang bukan local ajak, many turned up malam tu. Prior to tarawih, Hassan al-Banna gave a speech. Dalam speech beliau, beliau ajukan dua soalan:
Apa hukumya tarawih? Apa hukumnya bertengkar dalam masjid?
Tarawih itu sunat. Manakala bertengkar dalam masjid itu haram. Barangkali terkabur yang mana satu yang aula dalam gigih memperteguh pendapat masing-masing. Kemudian beliau ajukan pula soalan:
Berapa ramai rakyat Mesir yang terkorban dalam pembinaan Terusan Suez dan siapa yang kemudiannya mengaut keuntungan dari Terusan itu?
Ramai yang tak terjawab. Maka ternyata hal yang remeh telah dibiar memecahbelah ummah manakala permasalahan ummah yang jauh lebih besar tidak pula mendapat perhatian. Allahurabbi. And that was zaman Hassan al-Banna. But the core issue sounds very much familiar juga nowadays...no? :(
Ramadhan
Dari satu sisi, Ramadhan is when reality hits. Takde dah the devils yang kita selalu blame. Kalau hari lain kita lambat-lambat solat mungkin kita kata - Ish, salah the devil ah ni. Tapi kalau Ramadhan, kita sama jugak, maka jelas terang lagi bersuluh berspotlight semua cukup, bahawasanya, it's not the devils, it's us. But well, salah the devils jugak, perhaps diorang dah customized/modified nafsu kita cukup untuk 'play their role' while diorang not available. But well, 'immune system' kita or 'firewall' kita tak cukup kuat jugak la maknanya T_T. Perhaps hikmahnya Ramadhan, we get to know who we really have become. Under no influence of the devils, Ramadhan seolah beri peluang untuk kita really look into ourselves seterusnya perbaik dan menambahbaik diri.
Kelmarin, ustaz tazkirah tarawih tu kasi satu analogi. Katakan, kita sedang pandu kereta. Pastu kita nampak ada orang tolak motosikal dia. Kita nampak dia lalu kedai repair motor tapi tak berhenti. Kita pun pergi approach tanya minyak habis ke? motor rosak ke? takleyh start ke? Tapi dia jawab semuanya okay. Kita yang baik hairan pun tanya lah - Dah semua okay, awat (kenapa) tak naik? Sekali dia jawab kat kita - Saja~ And thus brader yang ada motosikal yang sihat walafiat tapi tak naik itu seolah mereka yang diberi Ramadhan tapi langsung tak mengambil manfaatnya dan cuma penat berpuasa. Nauzubillah min zalik.
I do feel that my Ramadhan differs from year to year. Perhaps tanggungjawab berubah, tuntutan dunia berubah, aktiviti berubah which then sum up to a sort of different Ramadhan on different year. Tidak dapat tidak, khuatirnya, does it get better or does it get worst? Allahurabbi. Walau bagaimana kita menyelusuri Ramadhan, berlari, merangkak, berguling atau bahkan mengesot sekalipun, moga kita pada 1 Syawal nanti, andai Tuhan izin kita sampai, lebih baik dari kita pada 30 Syaaban. May Allah guide us all.
1 comment:
yang pasti, Ramadhan menggamit hubungan kita ;)
Post a Comment