Ni kemeja T kakak yang usianya entahlah. Masa kecik-kecik, aku cukup berkenan baju kakak yang ini sebab ada that fluffy thingy. Suka sangat. Dan aku menyampaikan rasa suka tu pada kakak. Pendek cerita, aku mintak dengan kakak (tak malu!). Walaubagaimanapun, bila difikir semula dan rasanya dengan nasihat kakak, tak ada maknanya sekalipun baju ni jadi milik aku. Sebab masa tu, aku 6 atau 7 tahun atau lebih muda dari tu (kakak is 17 years older) dan ditakdirkan bersaiz kecil jadi kalau aku nak pakai masa tu, sudah ala-ala nak macam jubah seluar melepasi lutut. Baju ni lengannya pendek. Kalau pakai masa kecik tu, dengan keluasan lengan baju, it would totally defeat the purpose of a baju. Sekalipun aku ambil simpan, it's much of a lose-lose situation. Kakak hilang baju, aku pun tak boleh pakai. Maka, atas saranan kakak rasanya, aku hold impian aku dulu, biar kakak pakai, nanti bila aku dah besar dan muat baju tu baru aku ambil. Dan sekarang baju tu dah milik aku :) Sedikit lusuh tapi who cares. Ada sikit tertetas benang, aku dah jahit semula.
Bila tengok balik, macam tu jugak sebenarnya hidup. Ada masa kita teringin sangat akan sesuatu. Kalau boleh nak la la tu (la la tu = sekarang juga). Tapi kadang-kadang bukan masanya lagi. Barangkali kita belum sesuai untuk itu atau mungkin belum bersedia untuk itu. Kalau paksakan juga, mungkin cuma merugikan, boleh jadi juga merusak. Andaikan aku alter baju tu agar muat untuk aku pakai dulu, I wouldn't own it long. Kanak-kanak kan cepat membesar. And altering would cost. And it might not look as nice as it is dalam kondisi original. Lepas tu bila dah besar dan baju tak muat, barangkali end up berikan pada orang. Bila own it besar-besar ni, I could wear it for years sebab growth dah
slowed down atau sampai plateau, jadi boleh pakai lama. Bila difikirkan, jauh lebih untung. Tapi kalau kau bicara dengan aku masa kecik-kecik dulu tu, terlompat-lompat mahu the baju. Manalah terfikir sejauh tu.
Pokoknya, sabar.
Lebih biasa dari tidak, kita rabun. Rabun pada keuntungan jangka panjang. Keuntungan jangka pendek akan begitu jelas hingga sanggup kita kuat-kuat regang tangan agar bisa tercapaikan walhal jika regang hati kuat-kuat untuk mencapai syukur apa adanya, barangkali gugur sendiri embun dingin yang melegakan jiwa yang kita ternanti-nanti menitisnya yang cuma mengambil sedikit masa.
Dan adakala, bukan bukan masanya tapi bukan untuk kita. Sekalipun pada hemat kita aturan yang kita harapkan itu sempurna, penglihatan yang Maha Melihat itu jauh lebih tajam. Puzzle pieces kehidupan adalah cukup seni. Adakala kita lihat seolah sudah cocok letaknya kalau begitu dan begini. Little did we know, ada rongga halus di lain sisi.
Dalam pemberian Tuhan, ada juga penolakan dan penangguhan, bukan sekadar pengabulan.
Nevertheless, semua tu pemberian.
Wallahualam.
May Allah guide us all.