akhbar-akhbar lama tersusun rapi.
angin pagi nan dingin lembut menyelinap masuk melalui kekisi...
...menghembus buka muka-muka akhbar lama.
dan kelihatan pada satu muka akhbar 31 Ogos 2012
"Jika kita tidak bersatu hati, mana mungkin kita berfungsi."
iklan merdeka TNB.
-------------------------------------
baru kelmarin bicara sama satu teman, perihal jemaah.
ada ini itu, begini begitu.
dahulu, hairan aku...
mengapa perlu berjemaah dalam terpisah.
apa kita bukan satu?
maka ada yang terangkan, tujuan setiap jemaah itu sebenarnya sama cuma terpisah dek cara berbeza.
fikrah berbeza kata orang tapi insha-Allah matlamat dikongsi bersama.
kemudian, hairan aku...
mengapa perlu jemaah bertelingkah, adakalanya saling menjatuhkan?
apa bukan salah satu dari 7 golongan yang mendapat naungan tikamana tiada naungan selain naungan Tuhan adalah mereka yang keranaNya saling berkasih sayang?
maka ada yang terangkan, tidak semua begitu. tertakluk pada individu.
kemudian, hairan lagi aku...
mengapa kerana bedanya jemaah, hingga bisa menolak lamaran?
apa bukan menarik saling bertukar pendapat, mengembang idea baru, mungkin.
maka ada yang terangkan, masing-masing pasti mahu aktif dalam jemaah masing-masing, khuatir tak sefahaman lantas saling nusyuz maka penolakan itu satu pengelakan.
raikan perbezaan, kawan. andaikan jemaah berbeda itu seperti beberapa pasukan perang, ada yang berkuda, ada yang berbusur, ada yang berkapal, ada yang terbang. ada pasukan sayap kiri dan sayap kanan. ada yang tempur dihadapan ada yang kepung dari belakang.
apa perlu kita kata yang terbang itu cita-cita terlalu tinggi atau yang berjalan itu terlalu lambat atau yang dihadapan itu berani tak kena tempat? apa tidak bisa kita saling melengkapkan? saling mengingatkan?
hairan.
muhajirin dan ansar juga bersatu.
mengapa tidak kita?
hairan.
apa bukan kita punya sama rujukan?
sunnah dan al-Quran.
apa bukan kita sama menuju Tuhan?
hairan.
apa kita bukan seperti komponen satu tubuh?
cubit paha kiri, sakit juga paha kanan.
mengapa perlu self-destruct?
hairan.
bayangkan saja kalau tangan kiri tak mahu bekerjasama dengan tangan kanan.
bayangkan saja kalau gigi kau suka gigit lidah.
the dysfunction.
dan sungguh sekadar menghambur kata itu mudah.
kadang-kadang ego itu
satu anaestetik jiwa yang hebat.