Friday, July 8, 2011

yang dicari itu sebenarnya hampir


jika diterjemahkan segala keinginan diri dalam bentuk warna
pasti ia menjadi satu spektrum yang luas

ketenangan. kasih. kebahagiaan. kekayaan. kemakmuran.
kecantikan. kelapangan. keselamatan.
kepuasan. rasa cukup.
et cetera.

dan tidaklah dicari sesuatu
melainkan pada sumbernya
yang zahir itu banyak sekali
yang hakiki satu sahaja

dalam sedar mahupun tidak
dalam apa jua pencarian sekalipun
yang hakiki itu yang didambakan jua

- Dia.
yang memiliki segala di langit dan di bumi dan di antaranya.
yang memiliki keagungan dan kemuliaan.
yang kuasanya meliputi segalanya.
meski daun yang gugur dari pohonnya.

Maha Pemberi. Maha Pemurah. Maha Penyayang.
dan 96 lagi.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. 2:186


kata Umar Abdul Aziz
"Kini aku tidak merasa kesenangan kecuali
dalam ketentuan-ketentuan takdir Allah".
bukankah Dia sentiasa memberi yang terbaik :)

-----------------------------------------------------------

Somewhere I belong. Linkin Park.

pernah so into it. boleh feel lah. barangkali mencari itu.
jauh mencari. tersesat sana sini. rupanya dekat dengan diri.
- al-Khaliq (Maha Pencipta).
Dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali.

dan ada purpose kita disini.

switch.
dari LP - Somewhere I belong
ke Dawud Wharnsby Ali - al-Khaliq





Keajaiban yang sangat menghairankan terhadap orang yang lari
dari apa yang sangat diperlukan, dan tidak dapat lepas daripadanya,
dan berusaha mencari apa yang tidak akan kekal padanya.
Sesungguhnya bukan mata kepala yang buta,
tetapi yang buta ialah matahati yang di dalam dada.
-Syaikh Ibnu Athoillah-

Monday, July 4, 2011

sesal

Pangkor 2011

Sesungguhnya Tuhanmu (adalah) Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia menutupkan malam kepada siang yang mengiringinya dengan cepat (silih berganti) dan (Dia menciptakan) matahari, bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, segala penciptaan dan urusan menjadi hak-Nya. Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam. Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. 7:54-55

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 39:53


pagi ini terfikir,

Sesal dahulu, pendapatan.
Sesal kemudian, ada gunanya.
(relevan selagi nafas belum terhenti)

Biar sesal itu tinggal
Biar tinggal jadi ingatan
Biar ingatan bawa peringatan.
insya-Allah.


"Jika terlanjur perbuatan dosa, maka yang demikian itu jangan sampai menyebabkan patah hatimu untuk mendapatkan istiqamah kepada Tuhanmu, sebab kemungkinan yang demikian itu sebagai dosa yang terakhir yang ditakdirkan bagimu."
-Syaikh Ibnu Atho'illah-


andai kisah hari kelmarin tak dapat diperbaiki,
terus usaha melakar kisah hari ini dengan indah sekali.
bukankah hari ini sebuah hadiah :)





Sunday, July 3, 2011

abang min

my niece, Fatin, dah pandai menyanyi.
kakak-kakak nye ajar.
comel.

"Rama-rama cantik, ikan keli panjang,
Mak su cantik, Abang Min sayang."


Abang Min?
tiba-tiba je.

Abang Min = unknown 'x'
sepupu my sis-in-law rupanya, tak pernah kenal pun


"Mak Su mana kenal Abang Min.....", i said to her.

She repeated the lagu,
"Rama-rama cantik, ikan keli panjang,
Mak Su cantik, tak ada orang sayang"

ok. terbaik.






I think
they should start
calling me Cik Su
instead of Mak Su

ps : pembetulan. pembetulan. it should be 'Rama-rama bintik', bukan 'cantik', terlupa pula, sebab Fatin nyanyi kebanyakan perkataan bunyi sukukata terakhir sahaja. =.="